Kerjaya pengurus Berti Vogts

Jerman

Selepas menamatkan karier sebagai pemain, Vogts menjadi jurulatih pasukan kebangsaan bawah-21 Jerman Barat sehingga tahun 1990. Bermula tahun 1986m beliau menjadi pembantu jurulatih pasukan kebangsaan. Pada tahun 1990, beliau dinaikkan pangkat menjadi pengurus pasukan kebangsaan Jerman menggantikan Franz Beckenbauer. Selepas final Piala Dunia 1990, Beckenbauer dengan baik sekali berkata penyatuan Jerman "kemungkinan tidak akan tewas dalam tahun-tahun mendatang",[2] pernyataan yang ternyata menjadi beban buat Vogts pada tahun-tahun akan datang.

Vogts membawa pasukan Jerman menjadi naib juara Euro 1992 dan bergelar juara dalam Euro 1996 namun dalam kejohanan Piala Dunia, mereka menghadapi dua kekalahan pada peringkat suku akhir berturut-turut iaitu pada 1994 dan 1998. Beliau meletak jawatan sebagai pengurus pada September 1998.[3]

Bayer Leverkusen

Pada November 2000, beliau dilantik sebagai pengurus Bayer Leverkusen. Pada Mei 2001, walaupun berjaya membawa Leverkusen menempah kelayakan Liga Juara-Juara, beliau dipecat.

Kuwait

Pada Ogos 2001, tiga bulan kemudian, beliau menjadi pengurus pasukan kebangsaan Kuwait.

Scotland

Pada Januari 2002, selepas enam bulan bersama Kuwait, Vogts meletak jawatan lalu mengambil alih tugasan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Scotland.[4] Dalam aksi kelayakan Euro 2004, Vogts berjaya membawa Scotland ke penentuan play-off selepas menghuni tempat kedua di belakang Jerman. Dalam perlawanan play-off, Scotland dicabut menentang Belanda. Walaupun menang pada perlawanan pertama 1-0 di Hampden Park, mereka tewas dibelasah Belanda 6-0 pada perlawanan timbang balik.

Akhbar Scotland seolah-olah bermusuhan dengan Vogts berikutan beberapa siri kekalahan dalam perlawanan persahabatan. Pada Oktober 2004, perlawanan seri bertemu Moldova pada dasarnya menaruh harapan terhadap Scotland untuk mara ke Piala Dunia 2006 dan Vogts meletak jawatan pada bulan seterusnya. Kontrak Vogts pada masa itu berbaki satu tahun setengah.[5] Sembilan hari selepas Vogts meletak jawatan, Scotland jatuh kepada tempat ke-77 dalam Kedudukan Dunia FIFA, rekod terburuk pasukan.[6]

Nigeria

Vogts saat menjadi ketua jurulatih Azerbaijan.

Pada Januari 2007, Vogts telah dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan Nigeria dan beliau menandatangani kontrak empat tahun. Nigeria tersingkir pada peringkat suku akhir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika 2008, persembahan paling teruk dipamerkan Nigeria di kejohanan tersebut sejak 1982.[7][8] Vogts meletak jawatan daripada jawatannya pada Februari 2008.[9]

Azerbaijan

Pada April 2008, beliau dilantik menjadi pengurus Azerbaijan dalam kontrak dua tahun.[10] Pada Disember 2009, beliau melanjutkan kontraknya bersama Persekutuan Bola Sepak Azerbaijan sehingga berakhirnya kelayakan Euro 2012 selepas melakar beberapa keputusan baik.[11][12] Pada Mac 2014, Vogts dilantik oleh Jürgen Klinsmann sebagai penasihatnya dalam Amerika Syarikat dalam kejohanan Piala Dunia 2014.[13]

Pada Oktober 2014, beliau meletak jawatan daripada posisinya sebagai pengurus Azerbaijan[14] selepas kekalahan 6–0 kepada Croatia.[15][16] Azerbaijan tewas dalam tiga perlawanan pertamanya pada kempen kelayakan Euro 2016.[17] Di bawah kendalian Vogts, Azerbaijan memiliki beberapa keputusan hambar, tidak mampu melakar kemenangan ke atas pasukan kurang dikenali sehingga memaksa Vogts dilontar kritikan, protes dan demonstrasi oleh penyokong-penyokong dan pihak media.[18]

Amerika Syarikat

Pada Mac 2015, Vogts dilantik oleh pasukan kebangsaan Amerika Syarikat sebagai penasihat teknikal.[19][20] Selepas pemecatan Jürgen Klinsmann, khidmat Vogts serta merta ditamatkan.

Rujukan

WikiPedia: Berti Vogts http://fanat.az/cirtdan-ovu-yenil%C6%8Fnir/ http://www.news.az/articles/4517 http://www.news.az/articles/sports/92717 http://en.trend.az/azerbaijan/society/2322850.html http://en.trend.az/news/sports/1599474.html http://www.fifa.com/worldfootball/news/newsid=5641... http://www.heraldscotland.com/sport/football/forme... http://www.leverkusen.com/whoiswho/whoiswho.php4?v... http://www.mlssoccer.com/news/article/2015/03/26/u... http://www.planetworldcup.com/LEGENDS/vogts.html